Monday, March 2, 2009

PENTING: Terma & Syarat Pembelian

Berikut adalah terma dan syarat yang perlu diketahui sebelum membeli:

CARA PENEMPAHAN:
Sila hantar emel tempahan kepada mas.muslimcollections@gmail.com dan nyatakan nombor kod, warna dan kuantiti yang dikehendaki.
Kami akan membalas emel anda dengan segera.

Jika koleksi yang dikehendaki masih ada, kami akan simpan untuk 2 hari. Bayaran mesti dibuat dalam masa 2 hari ini atau tempahan akan dibatalkan.

Sila emel bukti pembayaran kepada kami dan juga alamat and nombor telefon anda.

PEMBATALAN PENEMPAHAN:
Sekiranya tiada bayaran dibuat untuk barangan yang dikehendaki, penempahan tersebut akan dibatalkan.
Pembatalan TIDAK DIBENARKAN sekiranya bayaran telah dibuat, kecuali jikalau barangan tersebut habis dijual.

PENGHANTARAN:
Penghantaran akan dibuat setiap hari Rabu kecuali cuti umum.
Kami menggunakan perkhidmatan POS LAJU.
Harga penghantaran untuk POS LAJU bagi Semenanjung M'sia ialah RM7 ke atas dan Sabah & Sarawak RM9 ke atas.
Sejurus selepas kami membuat hantaran melalui POS LAJU, kami akan hantar nombor jejakan bagi memudahkan anda untuk mengesan tempahan anda.
Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh pihak Pos.

PERTUKARAN/ HANTARAN BALIK:
Anda dibenarkan membuat pertukaran sekiranya barangan tempahan didapati koyak atau rosak dalam masa 2 hari setelah menerima barangan tersebut.
Anda tidak dibenarkan memilih barang yang lain untuk ditukar, kecuali barang yang sama telah habis dijual.
Sebarang permintaan selepas masa yang dihadkan tidak akan dilayan. Harap maaf.

No comments:

Post a Comment